Emas Tinggi Dilambung Ombak Inflasi AS!

951

Emas berjaya mencatatkan keuntungan selepas bacaan data inflasi Amerika Syarikat yang diterbitkan menunjukkan peningkatan ke paras tertinggi sejak Disember 1981 pada bulan Mac.

Ini telah memacu dagangan emas untuk meningkat lebih tinggi sehingga mencecah $1,973 per auns, sebelum susut sedikit untuk didagangkan di sekitar harga $1,965 per auns pada sesi Asia.

Kadar inflasi tahunan AS melonjak kepada 8.5% pada Mac daripada 7.9% yang dicatatkan bulan sebelumnya. Peningkatan ini didorong oleh lonjakan harga tenaga, iaitu petrol dan bahan bakar yang terkesan daripada perang Rusia dan Ukraine.

Bagaimanapun, inflasi teras yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga, meleset daripada jangkaan dengan kenaikan 6.5% tahun ke tahun dan 0.3% secara bulanan.

Hal ini membuatkan pelabur melihat inflasi di AS telah mencapai kemuncaknya dan Federal Reserve (Fed) mungkin akan mengurangkan langkah agresifnya dalam pengetatan.

US dolar dan hasil bon AS 10 tahun menyusut susulan penerbitan tersebut, dan memberi peluang kepada logam kuning emas untuk terus bersinar di paras ketinggian empat minggu.

Pelabur seterusnya akan menumpukan perhatian kepada penerbitan data inflasi pengguna UK dan data indeks harga pengeluar (PPI) AS pada hari ini bagi menentukan pergerakan emas selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat