Emas Tumbang Di Puncak Pasaran, China Hentikan Belian Serta-Merta!

2,172

Emas mengurangkan kerugiannya di bawah paras $2,300 ketika USD menyambung pengukuhan pada pembukaan dagangan awal minggu.

Komoditi logam itu menjunam ketara pada Jumaat di saat pertaruhan yang lebih rendah untuk pemotongan kadar faedah Federal Reserve (Fed) serta dorongan bahawa China menghentikan pembelian emas selepas 18 bulan berturut-turut.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,294.99 iaitu naik sebanyak 0.5% sejak ia dibuka pada sesi awal dagangan Asia pagi tadi.

Minggu lepas, data pekerjaan AS lebih baik daripada jangkaan dan mendorong peserta pasaran menolak ramalan lanjutan pemotongan kadar oleh Fed.

Laporan Non-Farm Payroll (NFP) AS untuk Mei meningkat 272,000 daripada 165,000 pada bulan April dan kadar pengangguran meningkat kepada 4.0% pada Mei berbanding 3.9% untuk April.

Sementara itu, mata wang dolar AS turut menarik sentimen belian sebagai tindak balas kepada data-data yang lebih kukuh dan menjadikan harga emas fizikal lebih mahal untuk pasaran luar negara.

Sebelum ini, XAU/USD menyaksikan penyusutan ketara selepas data ekonomi AS dilihat agak teguh dan Fed berpotensi untuk menangguhkan tempoh pemotongan kadar faedahnya. Pasaran meramalkan hampir 49% untuk berlakunya pelonggaran dasar berbanding 68% pada sebelumnya.

People’s Bank of China (PBOC) yang merupakan pembeli emas terbesar dunia mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pembelian emas yang berterusan selama 18 bulan pada Mei apabila harganya mencecah paras tertinggi buat masa ini.

Kebimbangan mengenai penurunan permintaan pada masa akan datang akan menimbulkan beberapa tekanan ke atas logam berharga itu.

China merekodkan pegangan sebanyak 72.80 juta troy auns emas pada akhir Mei iaitu lebih kurang sama pada April. Nilai pemilikannya meningkat $170.96 billion pada akhir Mei daripada $167.96 billion pada April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat