Empayar China Sebagai Kilang Dunia Telah Berakhir

3,325

Pembekal utama kepada Apple Inc dan beberapa syarikat gergasi teknologi lain merancang untuk memisahkan rantaian bekalannya antara pasaran China dan Amerika Syarikat, bahkan mengisytiharkan bahawa empayar China sebagai kilang dunia telah berakhir telah perang perdagangan.

Pengerusi Hon Hai Precision Industry Co, Young Liu mendedahkan bahawa mereka akan menambahkan lebih banyak kapasiti di luar China secara beransur-ansur termasuk pangkalan utama pengeluaran alat iPhone, desktop Dell dan Nintendo Switches.

Selain itu, syarikat yang dikenali sebagai Foxconn juga telah memindahkan kebanyakan kilang pembuatan mereka ke Asia Tenggara dan wilayah lain untuk mengelakkan kenaikan tarif barang buatan China yang memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing telah mendorong pengeluar peranti untuk mempelbagaikan pangkalan pengeluaran mereka di luar China, bahkan Apple juga akan mengambil tindakan yang sama. Meskipun kedua-dua negara masih dalam perbincangan, terdapat jangkaan yang menyatakan bahawa rantaian bekalan elektronik yang berpusat di China akan berpecah dalam jangka masa panjang.

Berikutan dengan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, melarang penduduk Amerika Syarikat daripada berurusniaga dengan WeChat milik Tencent Holdings Ltd, penghantaran iPhone tahunan dijangka bakal merosot 25% hingga 30% jika Apple terpaksa mengeluarkan aplikasi tersebut dari kedai aplikasinya di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat