Pelabur memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam yang dilihat bergelut untuk meneruskan kenaikan.
Situasi US dolar yang didagangkan suram pada awal minggu itu gagal dimanfaatkan oleh Pound untuk memulihkan nilai mata wang ke paras lebih baik.
Harga bergerak mendatar di bawah paras 1.26000 pada sesi Asia semalam menguji rintangan tersebut sebelum berundur turun.
Pada sesi Eropah, sekali lagi cubaan harga menguji paras tersebut namun masih juga gagal bolos ke paras lebih tinggi.
Penurunan lebih rendah disaksikan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) ketika pasaran memberi reaksi terhadap laporan berkenaan ancaman tarif ke atas Kanada dan Mexico oleh Donald Trump.
Situasi yang kembali memberi kelebihan kepada US dolar itu telah menekan harga jatuh untuk menghampiri paras support 1.25000 semula.
Paras tersebut yang diuji pada penurunan minggu lalu menjadi paras terendah yang dicecah dalam tempoh dagangan 6 bulan.
Dengan kecenderungan untuk harga menyambung lagi penurunan selepas ini, support tersebut berisiko untuk dipecahkan dan harga bakal catat paras terendah baharu.
Sasaran untuk penurunan yang dilanjutkan harga akan beralih pula ke sekitar zon tumpuan pada 1.24000.
Sebaliknya jika harga melantun naik semula membuat kenaikan, rintangan 1.26000 akan terus diuji lagi untuk ditembusi.
Kenaikan lebih tinggi dari itu akan memberi isyarat bullish sebelum harga menuju pula ke paras tumpuan minggu lepas pada 1.27000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW