Semakin menghampiri sesi-sesi terakhir dagangan minggu ini, pergerakan harga untuk emas semakin perlahan setelah ledakan harga ketika mesyuarat FOMC.
Pergerakan emas dipengaruhi oleh perubahan pada US dolar, di mana mata wang Amerika Syarikat (AS) itu sedang dipacu oleh keputusan terbaru dasar monetari bank pusat, Federal Reserve (Fed).
Setelah dinilai, US dolar dijangka akan mendapat kelebihan dalam tempoh dagangan terdekat ini selepas melonjak kukuh ketika keputusan mesyuarat tersebut.
Manakala, pelabur emas melihat situasi ini akan memberikan tekanan terhadap emas yang boleh mendorong kejatuhan lanjut harga menuju penutup 2024.
Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kelihatan menjunam menghampiri 2580.00 ketika reaksi mesyuarat FOMC awal pagi Khamis semalam.
Namun kemudiannya menunjukkan pemulihan semula sehingga mendaki ke sekitar 2625.00.
Corak kenaikan tidak berjaya diteruskan apabila harga kekal terbantut di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Harga kembali paparkan penurunan di sesi New York semalam ketika US dolar mendapat sokongan tambahan dari data pertumbuhan ekonomi yang diterbitkan dengan angka memberangsangkan.
Harga emas kembali terbenam di bawah zon 2600.00 dan dilihat bergelut untuk cuba naik kembali pada dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).
Sekiranya gagal untuk bertahan di atas paras 2600.00, harga emas cenderung untuk susut lebih rendah lagi dengan jangkaan melepasi bawah paras 2580.00.
Seterusnya, kejatuhan harga emas yang dilanjutkan bakal mencabar paras dicecah pada November lalu sekitar 2540.00 sebelum catatkan paras terendah baharu.
Namun jika berjaya harga pulih semula sebelum tirai dagangan minggu ini berlabuh, pelabur mungkin menyaksikan harga melonjak naik dari zon 2600.00.
Kenaikan harga akan kembali hampiri semula zon tumpuan pada 2650.00 hingga 2670.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.