“Ramalan sangat berani, harapnya jadi kenyataan la.”
Acara halving Bitcoin (BTC) yang semakin menghampiri telah menyebabkan para pelabur tertanya-tanya sama ada mata wang kripto Solana (SOL) berpotensi memacu tinggi ke $300 sejurus selepas halving berlaku.
Persoalan itu turut tercetus apabila bursa kripto terkemuka dan platform analitik Changelly ramal SOL akan cecah harga mengagumkan $321.21 pada 20 April 2024, oleh itu ia mengakibatkan pelabur dan trader tidak sabar menjangkakan potensi keuntungan besar.
Semasa mencapai ramalan kenaikan SOL tersebut, Changelly sudah mempertimbangkan data harga sejarah, arah aliran pasaran dan sentimen keseluruhan sekitar aset digital itu yang berjaya menyemarakkan lagi keterujaan di sekitar prospek kripto.
Selain memberikan pandangan lebih komprehensif bagi prestasi SOL sepanjang April 2024, Changelly turut menganalisis turun naik harga aset digital itu pada awal tahun 2023 di mana ia menjangkakan kadar purata SOL akan cecah $356.61.
Memang tidak dinafikan SOL mungkin mengalami pertumbuhan ketara, tetapi harganya juga boleh mengalami pergerakan tidak menentu susulan Changelly telah menyediakan julat di mana jangkaan minimum adalah $182.46 dan maksimum $530.76.
Antara beberapa faktor yang mendorong pelabur semakin yakin terhadap prestasi masa hadapan SOL adalah kapasiti tinggi platform, latency rendah dan kebolehskalaan yang menarik bilangan pembangun dan projek kemudian membawa pada peningkatan penggunaan serta permintaan untuk SOL.
Bukan itu sahaja, acara halving BTC yang akan datang dijangka wujudkan kejutan bekalan yang berpotensi meningkatkan nilai kripto secara menyeluruh, di mana ekosistem SOL yang makin berkembang boleh menjadikannya pilihan menarik untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka.
Setakat penulisan ini, harga SOL yang didagangkan pada paras $176.54 telah menjunam sedikit 2.39% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $78 bilion kemudian merekodkan penyusutan 11.70% sepanjang minggu lepas.