“Antara Trump dan Biden, korang rasa siapa yang akan menang?”
Memecoin politik terikat dengan personaliti Presiden Joe Biden mahupun Donald Trump bakal menjadi tumpuan semasa perdebatan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan disiarkan pada 27 Jun 2024.
Memang tidak dinafikan hasil potensi perdebatan yang akan datang masih tidak diketahui, tetapi perlu diketahui keseluruhan ekosistem memecoin politik memang berada di bawah ketidakpastian yang melampau.
Jadi di sini dapat dilihat dua token utama Jeo Boden (BODEN) dan Doland Tremp (TREMP) telah mengalami kemerosotan sepanjang bulan lalu berbanding MAGA yang tampaknya berjaya mencanak disebabkan penerimaannya yang kian meningkat.
Susulan banyak memecoin politik telah menghadapi kejatuhan secara besar-besaran, pelabur mungkin akan mengambil peluang ini untuk mengaut lebih banyak token yang dapat mendorong harganya mencapai paras tertinggi sepanjang masa.
Biarpun kebanyakan pelabur akan menjejaki prestasi memecoin politik pada minggu ini, banyak mata juga akan tertumpu pada harga BTC yang kini sudah mengalami penerjunan lagi sehingga di bawah $62,145.
Selain menerima BTC sebagai sumbangan kempen dan melabelkan dirinya sebagai “Crypto President”, Trump turut merancang untuk mengekalkan kuasa hash yang tinggal untuk menjadikan AS sebagai miners BTC terbesar.
Sementara pasukan kempen Biden pula meneroka jalan berbeza dan ini telah menyebabkan pakar melabelkan pilihan raya akan datang sebagai pilihan raya kripto pertama di AS sekiranya mengikut tinjauan setakat ini.