“Pembangun Solana ni hilang akal ke? Korang sanggup ke nak buat ‘dare’ macam ni semata-mata nak duit?”
Demi pump token TruthOrDare (DARE), pembangun memecoin Solana (SOL) Mikol dimasukkan ke hospital akibat melecur tahap ketiga dan selepas hampir dua bulan menjalani pemulihan, beliau berhasrat melakukan perkara gila lagi seperti mendaki Gunung Everest.
Diperjelaskan lebih lanjut, seorang ahli komuniti yang dare Mikol untuk menyiram dirinya dengan alkohol isopropil kemudian menembaknya dengan bunga api telah menyebabkannya mengalami melecur 30% di badannya biarpun rakan-rakannya bertungkus-lumus memadamkan api.
Sungguhpun mengalami insiden traumatik tersebut, Mikol yang masih tidak selesai dengan projek telah merancang untuk membina aplikasi decentralized (dApps) di mana ahli komuniti boleh melakukan dares sebagai pertukaran token DARE.
Menurut Mikol kepada podcast “What’s the Meta?”, beliau ingin meletakkan dares di laman webnya yang akan membenarkan orang ramai menjana wang bagi membeli keperluan kecilnya atau mencipta nama untuk dirinya sendiri dengan melakukan dare paling bahaya.
Meskipun begitu, laman web tersebut akan mempunyai sekatan dan garis panduan agar situasi seperti Mikol yang berada di bilik kecemasan tidak berlaku lagi.
Mikol kini hanya distrim secara tempatan di Miami, tetapi beliau tidak terlepas daripada melancarkan jelajah dunia DARE susulan beliau serta pasukannya bukan sahaja rancang pergi ke negara berbeza dan bertemu komunitinya malah ingin mendaki Gunung Everest.
Hal ini kerana ahli komunitinya telah menghantar dana untuk penerbangan di luar sana, oleh itu Mikol sekarang hanya perlu bersiap sedia susulan penyediaan boleh mengambil masa tiga hingga lima bulan bergantung pada kesihatannya.