Bank pusat Eropah meninggalkan kadar faedah tidak berubah seperti yang dijangka pada hari Khamis namun mengakui bahawa inflasi sedang menurun dengan lebih cepat daripada yang pernah dijangkakan, secara tidak langsung berpotensi membuka jalan untuk pengurangan kadar pada penghujung tahun ini.
ECB telah mengekalkan kos pinjaman pada tahap tertinggi sejak September dan sejauh ini menolak sebarang panggilan untuk pengurangan kadar, walaupun para penggubal dasar kini secara terbuka mengakui bahawa langkah sedemikian akan dilakukan dan hanya masa yang menjadi penentunya.
Pandangan yang lebih baik ini datang semasa bank menurunkan unjuran inflasinya untuk suku kedua secara berturut-turut, menempatkan pertumbuhan harga pada 2.3% tahun ini dan pada sasaran 2%nya pada tahun hadapan.
Inflasi telah menunjukkan trend menurun selama beberapa bulan seiring dengan penurunan harga tenaga dan stagnasi ekonomi zon Eropah untuk tahun kedua berturut-turut.
Waima begitu dengan tekanan harga, terutamanya dari upah dalam sektor perkhidmatan dimananya ia masih tinggi dapat meningkatkan risiko bahawa trend harga boleh berbalik.
Maka atas dasar itulah sebabnya ECB telah menegaskan bahawa pemotongan kadar hanya akan berlaku apabila bank yakin bahawa pengekangan upah menjadi kenyataan dan perlambatan inflasi adalah tahan lama.
“Walaupun kebanyakan ukuran inflasi asas telah merosot, tekanan harga dalam negeri tetap tinggi, sebahagiannya disebabkan oleh pertumbuhan yang kukuh dalam upah,” tambah bank tersebut.
Pelabur melihat tiga atau empat pengurangan kadar secara keseluruhan tahun ini dengan langkah pertama pada bulan Jun, menjatuhkan kadar deposit 4% kepada 3.25% atau 3% menjelang Disember.
Walaupun hanya sedikit penggubal dasar yang telah membincangkan tarikh-tarikh tertentu untuk pengurangan kadar pertama, beberapa penggubal telah menyebutkan bulan Jun dan yang lain mengatakan bahawa sebarang langkah harus dilakukan hanya selepas data upah penting pada bulan Mei.