Emas meningkat pada Isnin selepas pendakian tiga minggu berturut-turut walaupun kenyataan Jerome Powell baru-baru ini telah mencipta posisi baharu dan ia kembali terhad pada penutup sesi harian.
Tepat jam 9.25 pagi, harga emas berada pada paras $2,424.30 iaitu naik sebanyak 0.09% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia pada Selasa.
Walau bagaimanapun, ia dibuka rendah sedikit pada pembukaan semalam berikutan insiden serangan pembunuhan Trump pada hujung minggu dan meningkatkan peluang untuk beliau memenangi pilihan raya pada November ini.
Potensi itu juga meningkatkan nilai dolar AS walaupun kebimbangan semakin pudar serta nilai emas kekalkan aliran menaiknya ke arah sasaran yang lebih tinggi.
Selain itu, penampilan Pengerusi Fed Jerome Powell di Kelab Ekonomi telah memberikan cerminan bahawa ekonomi berada pada prestasi yang sangat baik dan pasaran buruh tidak terlalu berisiko seperti era pandemik sebelum ini.
Katanya lagi, Fed tidak lagi perlu menunggu inflasi mencapai sasaran 2% untuk menurunkan kadarnya walaupun penggubal dasar yakin bahawa ia sedang bergerak menurun.
Hasil kenyataan itu, bon Perbandaharaan AS meningkat lebih tinggi dengan nota 10 tahun AS naik empat mata asas pada 4.227%.
Pasaran kini meletakkan peluang sebanyak 98% untuk Fed lakukan penurunan kadar pada bulan September ini.