Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD kekal mendatar pada pembukaan awal minggu semalam mengikuti corak pada Jumaat lalu.
Harga kekal berlegar di bawah zon 1.09000 sehingga dagangan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini dalam suasana pasaran yang berhati-hati.
Ketiadaan data-data ekonomi tumpuan di awal minggu mendorong pergerakan perlahan harga sebelum beberapa petunjuk penting akan diperhatikan di penghujung minggu termasuk data KDNK Amerika Syarikat (AS) dan indeks harga PCE.
Dagangan dijangka lebih rancak pada Rabu dengan terbitan data PMI yang menilai kesihatan semasa ekonomi menerusi sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Pergerakan perlahan harga di zon 1.09000 dilihat sedikit melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, namun pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas untuk menentukan perubahan trend harga.
Sekiranya lonjakan lebih kukuh dipaparkan, harga berkemungkinan mampu mencapai semula paras ketinggian pada minggu lepas berhampir 1.09500.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan mencatatkan rekod terbaru untuk tempoh dagangan 4 bulan.
Sementara, jika gagal untuk berada semula di atas paras 1.09000, harga berisiko untuk alami kejatuhan semula dan menunjukkan corak pergerakan bearish yang lebih jelas.
Untuk penurunan harga yang dilanjutkan, jangkaan adalah untuk harga mencecah kembali zon 1.08000 yang menjadi tumpuan pada dagangan awal Julai lalu.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW