US dolar mengekalkan prestasi dagangan yang stabil pada Selasa semalam namun tidak menunjukkan pergerakan yang ketara ketika pelabur berhati-hati menantikan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Di sesi New York semalam, data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan positif pada November dengan angka yang mengatasi ramalan pasaran berikutan kerancakan perbelanjaan pengguna di musim cuti perayaan.
Arah dagangan pasaran yang jelas bakal ditentukan selepas menilai keputusan mesyuarat FOMC dan petunjuk bagi hala tuju dasar monetari selanjutnya oleh Federal Reserve (Fed).
Memerhati pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal mendatar di zon penting 1.05000 semalam seperti corak pada hari sebelumnya.
Susut di bawah 1.05000 dan bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencetuskan risiko kejatuhan harga.
Jika penurunan harga dipaparkan, berkemungkinan zon sekitar 1.04000 boleh dicecah selepas harga melepasi paras 1.04530 di penghujung minggu lalu.
Harga bakal catatkan paras terendah terbaru 4 minggu dan penurunan boleh dilanjutkan lagi sekiranya US dolar jelas menunjukkan pengukuhan.
Namun jika situasi sebaliknya, harga yang melonjak dari zon 1.05000 bakal memberi isyarat untuk pergerakan bullish semula.
Kenaikan harga akan menuju ke ketinggian sekitar 1.06000 untuk menguji zon rintangan tersebut yang masih kekal menjadi penghalang harga beberapa minggu sebelum ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.