Mesyuarat FOMC awal pagi tadi telah menyaksikan keputusan yang menepati ramalan majoriti apabila Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk mengurangkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.75%.
US dolar tidak menunjukkan pergerakan yang ketara selepas keputusan mesyuarat tersebut, tetapi telah pun bergerak lemah pada sesi-sesi sebelumnya lagi.
Sementara, Bank of England (BOE) turut memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.75%, menjadikan pemotongan kali kedua tahun ini.
Namun, Pound telah melonjak kukuh berbanding US dolar berikutan kenyataan susulan oleh Gabenor Andrew Bailey dilihat bernada waspada, menyatakan bahawa kadar faedah tidak boleh diturunkan dengan terlalu cepat dan banyak.
Justeru itu, pelabur telah menyaksikan lonjakan harga berlaku pada pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD semalam.
Harga membuat lonjakan dari paras 1.29000 sehingga mencapai sasaran 1.30000 sebelum berundur semula dari rintangan tersebut.
Situasi lonjakan harga yang dipaparkan semalam itu dilihat berlawanan arah berbanding terjunan ketara harga pada hari sebelumnya ketika tumpuan terhadap acara pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Pergerakan harga perlahan di bawah zon 1.30000 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun ada isyarat bullish apabila harga telah berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika kenaikan berjaya dilakukan melepasi paras 1.30000, paras ketinggian sebelum terjunan harga berlaku berhampiran sekitar 1.30500 akan dicabar semula.
Kenaikan yang diteruskan selepas itu akan mensasarkan pada 1.31000.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga semula jika berlaku, paras sokongan 1.29000 akan dihampiri semula untuk diuji.
Penurunan lebih rendah di bawahnya akan mendorong harga ke zon sokongan semasa harga sejak minggu lepas sekitar 1.28500.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES