Corak penurunan harga masih diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam menyusuli terjunan harga yang bermula pada hari sebelumnya itu.
Data inflasi UK telah diterbitkan pada sesi Eropah semalam menyaksikan bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan catat 4.0% berbanding ramalan 4.1%.
Harga susut lebih rendah semalam selepas menguji paras 1.26000 yang berfungsi sebagai rintangan semasa buat harga.
Penurunan harga telah mencecah sekitar 1.25350 sebelum lantunan perlahan harga diperlihatkan ke penghujung sesi New York untuk ditutup pada sekitar 1.25600.
Pergerakan harga kekal perlahan dan masih berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu menunjukkan isyarat pergerakan bearish.
Pasaran akan meneliti pula data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah sebentar lagi.
Jika bacaan terbaru hadir dengan angka yang suram, Pound akan terus alami penyusutan nilai yang berterusan menuju ke penghujung minggu.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk harga mencecah ke zon support 1.25000 setelah penurunan yang berlaku pada minggu sebelum ini hampir 20 pips untuk menyentuhnya.
Jika tembus lebih rendah, pergerakan bearish harga akan diteruskan dengan sasaran yang akan beralih kepada 1.24000.
Sebaliknya jika berlaku situasi lonjakan harga semula, halangan MA50 dan paras 1.26000 akan dilepasi sebelum menjangkakan kenaikan yang lebih tinggi.
Sasaran adalah untuk mengatasi paras minggu ini sebelum menguji paras 1.27000 yang menjadi tumpuan buat harga.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW