Isyarat perubahan trend dikesan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini.
Namun, pelabur masih perlu memerhatikan petunjuk tambahan berikutan pergerakan volatile pada penutup dagangan minggu lalu adalah susulan impak laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.
Pada mulanya US dolar melemah dahulu sebelum kemudiannya paparkan pengukuhan nilai menuju ke penghujung sesi terakhir minggu itu.
Pada carta GBP/USD, harga yang berlegar di sekitar paras 1.31700 telah melonjak melepasi 1.32000 sebelum mencapai ketinggian menghampiri 1.32400.
Namun, harga kemudiannya menjunam 120 pips hampir menyentuh 1.31000 sebelum melantun sedikit dan perlahan menutup dagangan sekitar 1.31300.
Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pembukaan awal minggu pagi ini (Isnin) namun memberi isyarat bearish apabila dilihat berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
US dolar dilihat cenderung untuk meneruskan pengukuhan dengan momentum minggu lalu, menjangkakan penurunan harga bakal berlaku melepasi support 1.31000.
Isyarat bearish yang semakin jelas bakal mendorong penurunan lebih rendah buat harga dengan sasaran akan beralih kepada 1.30000.
Namun, sekiranya harga melonjak kembali melepasi halangan MA50, rintangan yang bakal diuji harga dilihat pada zon 1.32000.
Seterusnya, untuk kenaikan lebih tinggi jika diteruskan, harga akan mencabar ketinggian yang dicapai ketika reaksi NFP lalu sebelum menuju zon tumpuan 1.33000.
Sebagai persediaan awal, pelabur perlu berwaspada menjelang terbitan data pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi UK, serta data inflasi AS yang bakal pengaruhi mata wang Pound dan US dolar.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG