Nilai Ringgit Malaysia (RM) dibuka tinggi pada hari ini selepas berlakunya keyakinan berterusan mengenai laporan inflasi AS yang positif dan meningkatkan sentimen pasaran.
Tepat jam 9 pagi tadi, ringgit didagangkan pada paras 4.6360 berbanding dolar AS daripada ia ditutup 4.6400 semalam.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Afzanizam Rashid memberitahu bahawa purata harga petrol AS berada pada $3.69 (RM17.12) segelen pada Disember 2023. Melihat kepada purata pada 2022, ia menunjukkan penurunan sebanyak 6% dari tahun ke tahun.
Sehubungan itu, terdapat kemungkinan Indeks Harga Pengguna (CPI) akan lebih rendah daripada jangkaan.
Katanya lagi, kenyataan baharu oleh Presiden Fed New York, John Williams mengenai ekonomi AS mungkin boleh menurunkan inflasi dan membantu sentimen pasaran di peringkat global. Bank pusat AS memerlukan lebih banyak pemacu sebelum mengurangkan Kadar Dana Fed kepada lebih rendah.
Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) turun kepada 102.362 mata daripada 102.57 mata sebelumnya. Ringgit berkemungkinan akan mengekalkan julat sempitnya antara RM4.65 hingga RM4.65 pada hari ini.
Melihat carta teknikal, pasangan mata wang USD/MYR kini berada dalam zon neutral dan menunjukkan bahawa unit tempatan boleh didagangkan positif dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama dunia. Ia agak kukuh berbanding yen Jepun di paras 3.2018 namun merosot sedikit berbanding euro dan pound Britain.
Mata wang tempatan itu juga didagangkan tinggi berbanding maat wang Asean lain. Ia kuat berbanding dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.
Namun, ia bergerak tidak ketara berbanding peso Filipina iaitu pada 8.24 sama seperti semalam.