Ringgit masih stabil pada paras semasa berbanding dolar AS di tengah-tengah risiko global yang lebih berhati-hati akibat dorongan pelabur beralih ke mata wang yang sedang pesat membangun.
Pada jam 10.15 pagi, ringgit berada pada paras 4.3250 berbanding USD iaitu bergerak sama sejak ia ditutup pada dagangan Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Sdn Bhd, Dr Afzanizam berkata ringgit dijangka bergerak rata menentang USD di saat pasaran mengelak risiko dalam kalangan para pelabur.
Indeks Dolar AS (DXY) menyambung kenaikannya dengan naik 0.05% ke paras 104.06 mata.
Sementara itu, Tinjauan Ekonomi Dunia memaparkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengurangkan unjuran KDNK global 2025 sebanyak 0.1% hingga 3.2% akibat risiko geopolitik dan perlindungan dagangan sebagai pemacu utama semakan ramalan tersebut.
Pasaran menjadi terkawal ketika menghampiri pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov terutamanya dalam bidang berkaitan dasar perdagangan oleh Donald Trump.
Semasa sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8588/8692 daripada 2.8668/8704 pada penutup Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.6683/6850 daripada 4.6785/6839 semalam, tetapi susut berbanding pound British kepada 5.6115/6316 daripada 5.6097/6162 sebelum ini.
Mata wang tempatan juga didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean.
Ia menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.8924/12.9440 daripada 12.9089/9300 pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.9 daripada 277.8/278.3 semalam dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2846/2966 daripada 3.2879/2919 sebelumnya.
Sementara itu, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.47/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelum ini. – Bernama