US dolar pada dagangan Selasa semalam dilihat tidak menyambung pengukuhan seperti pada awal minggu lalu.
Situasi tersebut sedikit meleset berbanding ramalan penganalisis yang menjangkakan US dolar akan meneruskan pengukuhannya.
Namun ini dilihat sebagai pembetulan harga buat US dolar selepas pengukuhan ketara telah dipaparkan susulan reaksi terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan penghujung minggu lalu.
Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan harga di awal minggu tidak diteruskan semalam.
Harga mendatar di atas paras 1.07200 yang menjadi paras sokongan harga buat ketika ini.
Selepas berlaku penurunan di sesi Eropah menuju paras tersebut, lantunan semula dipaparkan harga pada sesi New York sehingga ke paras 1.07500 di penghujung sesi.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Rabu ini, harga masih meneruskan kenaikan yang perlahan, namun dilihat telah mula bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Jika masih lagi harga meneruskan kenaikan selepas ini, zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 akan menjadi tumpuan untuk diuji.
Reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan dan jika tembus lebih tinggi, akan menjadi isyarat bullish untuk kenaikan lebih tinggi harga menuju sasaran pada 1.09000 sebelum ini.
Sebaliknya jika harga kembali berpatah arah membuat penurunan untuk menyambung pergerakan bearish sebelum ini, harga dijangka akan menuju zon support 1.07000.
Malah penurunan lebih rendah boleh dijangkakan sekiranya US dolar kekal kukuh dan mendorong harga terus catatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW