Emas menurun lebih rendah kepada $2,435 pada Isnin semasa sesi awal Asia berikutan sentimen pasaran yang bergantung pada peningkatan jangkaan pemotongan kadar oleh Federal Reserve (Fed) dan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,436.82 iaitu turun sebanyak 0.28% sejak ia dibuka pada awal dagangan sesi Asia pada hari Isnin.
Data pekerjaan AS pada Julai yang mengecewakan telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan dan mencetuskan kemungkinan berlakunya pemotongan kadar Fed yang agresif pada mesyuarat September nanti.
Pasaran menetapkan peluang untuk berlaku pemotongan kadar faedah AS sebanyak 70% dengan 50 mata asas pada mesyuarat FOMC September nanti.
Biro Statistik Buruh (BLS) AS menunjukkan pada hari Jumaat bahawa data Non-Farm Payrolls (NFP) meningkat sebanyak 114,000 pada bulan Julai daripada sebelumnya pada 179,000 iaitu lebih lemah daripada jangkaan 175,000.
Sementara itu, kadar pengangguran AS meningkat ke paras tertinggi sejak November 2021 mencecah 4.3% pada Julai daripada 4.1% untuk Jun.
Buat masa ini, para pelabur akan mengambil lebih banyak petunjuk daripada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM AS pada Isnin yang dijangka meningkat kepada 51.0 pada Julai daripada 48.8 semasa Jun.
Pengukuhan laporan itu berkemungkinan akan menyokong kedudukan dolar AS dan mengehadkan kenaikan emas untuk terus mencanak.
Selain itu, ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah mungkin terus membantu peningkatan aliran sebagai aset selamat.
Menurut media ternama, BBC melaporkan bahawa beberapa negara menggesa rakyat mereka untuk meninggalkan Lubnan kerana kebimbangan yang meningkat di Timur Tengah.
Pegawai Tertinggi Tentera AS menekankan untuk lakukan persiapan berkenaan serangan terhadap Israel oleh Iran sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin kanan Hamas dan Hizbullah.