Anthropic telah melancarkan AI pintar, dipanggil Claude 3.7 Sonnet yang bijak dalam pengekodan dan boleh memudahkan programmer dengan tugas seperti mencari kesilapan, membetulkan kod dan menjalankan ujian.
Dalam pada masa yang sama, Anthropic juga sedang menguji alat khas yang dipanggil Claude Code, dibuat hanya untuk pembangunan perisian.
AI ini mampu menyelesaikan ‘coding’ yang sukar dan menerangkan setiap langkah yang penting, ianya juga pantas memberi respon terhadap sebarang persoalan namun jika terlalu sukar ia akan mengambil masa untuk maklum balas.
Dengan pelaburan daripada Amazon dan Google, syarikat tersebut komited bekerja untuk mencipta AI yang membantu orang ramai, terutamanya programmer.