US dolar gagal melanjutkan pengukuhan pada dagangan Khamis semalam berikutan reaksi terhadap laporan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan.
Di sesi New York semalam, data jualan runcit AS untuk bacaan Disember lalu catatkan angka yang lebih rendah berbanding ramalan.
Ini dilihat menjejaskan momentum pengukuhan US dolar sebelumnya ketika data inflasi catat peningkatan yang memberi petunjuk baharu terhadap Federal Reserve (Fed).
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mendatar sejak dari sesi Asia pada Khamis semalam di bawah zon 1.03000 sebelum susut sedikit menuju pembukaan sesi New York ke sekitar 1.02600.
Namun, setelah data jualan runcit itu diterbitkan, harga telah melantun naik semula berikutan US dolar kembali alami penyusutan nilai.
Harga kembali paparkan kenaikan namun bergelut untuk melepasi zon 1.03000 yang berfungsi sebagai rintangan buat harga.
Pergerakan harga kekal mendatar di sekitar zon tersebut menyambung dagangan di pembukaan sesi Asia pagi Jumaat ini.
Sekiranya lanjutan kenaikan harga diteruskan, harga yang semakin meninggi dari 1.03000 akan menuju semula ketinggian yang dicapai pada Rabu lalu sekitar 1.03500.
Untuk kenaikan lebih tinggi, harga bakal menuju pula ke paras tumpuan pada 1.04000.
Sebaliknya jika harga menjunam dari zon 1.03000, penurunan harga dilihat akan kembali mensasarkan pada zon support 1.02000 yang telah dicecah di awal minggu.
Tembus support penting tersebut akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 3 tahun dengan sasaran akan beralih pula kepada 1.01000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.