Menjadi tumpuan pada awal pagi ini adalah mesyuarat FOMC terbaru dengan keputusan kadar faedah dikekalkan pada 4.25%-4.50% menepati ramalan pasaran.
Unjuran ekonomi diturunkan ekoran ketidaktentuan yang dicetuskan oleh polisi pentadbiran Presiden Donald Trump menyukarkan penilaian terhadap pekerjaan dan inflasi akan datang.
Laporan daripada Rizab Persekutuan (Fed) yang memberi isyarat untuk membuat pemotongan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini telah mendorong Wall Street catat kenaikan pada Khamis.
Pada Rabu semalam, kebanyakan saham Amerika dilihat berjaya ditutup tinggi dengan indeks S&P 500 naik sebanyak 1.08% yang disokong oleh beberapa sektor antaranya teknologi, manakala Dow dan Nasdaq pula masing-masing berjaya naik sebanyak 0.92% dan 1.41%.
Laporan pendapatan daripada beberapa syarikat seperti Nike dan data ekonomi iaitu data tuntutan pengangguran bakal dinantikan pelabur untuk menilai situasi semasa pasaran.
Pengerusi Fed Jerome Powell menganggap kebimbangan inflasi yang dicetuskan oleh tarif Trump dilihat sementara dan tidak akan bertahan lama sementara pekerjaan dan ekonomi masih dalam keadaan stabil.