Tindakan Presiden Donald Trump yang mengumumkan akan menyemak balik tarif yang dikenakan terhadap negara lain menyebabkan saham Amerika Syarikat (AS) tidak mencatatkan perubahan yang ketara pada Jumaat.
Beliau juga memberi pandangan mengenai tarif terhadap kereta yang mungkin akan dikuatkuasakan.
Walau bagaimanapun, Wall Street dilihat dipengaruhi oleh berita tersebut pada Khamis yang menunjukkan reaksi positif dengan Dow Jones naik 0.77%, Nasdaq Composite meningkat 1.5% dan S&P 500 melonjak 1.04%.
Pelabur pada ketika ini masih lagi mempunyai jangkaan yang positif terhadap pasaran yang disokong oleh beberapa faktor antaranya ialah laporan pendapatan yang kukuh daripada beberapa syarikat seperti Applovin (24%), Coinbase (8.4%) dan Robinhood (1.41%).
Pelabur juga menjangkakan laporan inflasi yang akan datang sederhana memandangkan laporan menunjukkan bahawa harga pengguna dan pengeluar meningkat lebih daripada jangkaan pada bulan Januari.
Tumpuan kini beralih pula kepada data jualan runcit AS untuk pelabur menilai kesihatan semasa ekonomi di peringkat pengguna dan runcit.