Dagangan minggu ini dijangka berhadapan kekurangan kecairan disebabkan faktor musim dengan kebanyakan orang akan bercuti di Eropah dan Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, kita akan terus meneliti tren citarasa kepada risiko (risk-appetite) pasaran dengan masih ada lagi kebimbangan terhadap korea Utara walaupun ia sedikit reda.
Perkembangan politik di US juga akan menjadi fokus dengan drama-drama yang berterusan dalam pentadbiran Trump. Terbaru, ketua strategi White House Steve Bannon meletak jawatan dan ada yang menganggap ia sebagai satu perkara yang positif kepada pentadbiran Trump.
1. Ucapan Pengerusi The Fed Janet Yellan (Jumaat)
Janet Yellen akan berucap di dalam simposium Jackson Hole pada Jumaat di mana beliau dijangka akan memperkatakan tentang kestabilan kewangan yang berkemungkinan memberi impak penting kepada pasaran. Terdapat juga potensi Yellen akan memberi komen tentang jangkaan ekonomi US dan polisi monetari. Keyakinan dalam ucapan beliau khususnya dari segi ekonomi secara keseluruhan dijangka akan menyokong US dolar.
2. Ucapan Presiden ECB Mario Draghi (Jumaat)
Mario Draghi juga akan berucap pada Jumaat dan sebelum itu beliau akan berucap terlebih dahulu pada Rabu. Isyarat terbaru oleh Draghi adalah mereka akan mebincangkan tentang program pembelian bon pada musim luruh. Namun jangkaan pasaran sebelum ini meleset dan menyebabkan Euro sedikit jatuh apabila spekulasi mengatakan Draghi tidak akan memperkatakan tentang monetari dalam simposium Jackson Hole. Sebarang kejutan dari segi komen beliau dalam simposium tersebut sudah tentu akan memberi kesan besar kepada matawang Euro.
3. Simposium Jackson Hole (Jumaat)
Ahli-ahli bank pusat akan berkumpul di dalam simposium ini yang berlangsung dari 24 – 25 Ogos. Sebelum ini, ahli dari bank-bank pusat utama telah menggunakan simposium ini sebagai platform memberikan isyarat polisi monetari. Pasaran akan memberi tumpuan dan akan meneliti setiap komen daripada ahli-ahli bank pusat terutamanya dari bank pusat utama dunia seperti The Fed, ECB, BOE,BOJ, BOC, RBA dan RBNZ.
4. Indeks PMI Zon-Eropah (Rabu)
Data terbaru indeks PMI Zon Eropah akan dikeluarkan pada Rabu pukul 4 petang. Sebelum data keseluruhan Zon Eropah dikeluarkan pukul 4 petang, Markit terlebih dahulu akan mengeluarkan data PMI dari Perancis dan Jerman. Zon Eropah sejak beberapa bulan lalu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dari segi pertumbuhan dalam data ini, namun data terbaru menunjukkan isyarat aktiviti ekonomi yang semakin perlahan.
Pasaran dan ECB akan melihat trend eksport sama ada terdapat bukti pengukuhan Euro telah memperlahankan prmintaan dari luar negara. Bukti dalam inflasi juga penting untuk melihat tekanan kepada data tumpuan inflasi ECB.
5. Data jualan rumah US (Khamis)
Tidak banyak data dari US yang akan dikeluarkan minggu ini dan tumpuan pasaran US dijangka kepada data jualan rumah (Khamis), data durable goods (Jumaat), dan unemployment claims (Khamis).