Ini Adalah Punca Kenapa Anda Sentiasa Membazir Ketika Membeli Secara Online

314

Pembelian secara online, atau dikenali sebagai atas talian menawarkan berbagai kelebihan seperti harga yang lebih murah, proses yang lebih cepat dan menjimatkan kos perjalanan. Namun, pernahkah anda fikir berapa banyak barangan yang pernah anda beli tetapi tidak digunakan?

# Touchscreen (Skrin Sentuh)

Berdasarkan jurnal kajian Profesor Ying Zhu daripada Fakulti Pengurusan Universiti British Columbia (UBC) di Kanada, teknologi touchscreen (skrin sentuh) berkembang sangat pesat di kalangan pengguna menyebabkan ramai di antara kita tidak sempat menilai baik buruknya walaupun teknologi tersebut telah digunakan setiap hari.

Beberapa kajian di lakukan terhadap pelajar-pelajar universiti bagi melihat perbezaan corak dan tabiat mereka ketika membuat pembelian dengan menggunakan peralatan skrin sentuh dan komputer (desktop).

# Produk Hedonik VS Utilitarian

Eksperimen ini melibatkan dua jenis produk yang dikenali sebagai hedonik (barangan yang bersifat kehendak dan kesenangan seperti mesin urut, alat hiasan dan lain-lain) dan utilitarian (barangan yang bersifat keperluan seperti pakaian, makanan harian dan sebagainya).

Apabila pengguna ingin mencuba sesuatu barangan, mereka akan menumpukan kepada pembelian barangan hedonik, manakala pembelian barangan utilitarian pula memerlukan fikiran yang lebih rasional ketika membuat pemilihan.

Hasil kajian mendapati penggunaan skrin sentuh lebih terpengaruh untuk membeli barangan hedonik, manakala penggunaan desktop tertumpu kepada produk utilitarian.

# Kesimpulan

Oleh itu uruslah perbelanjaan anda dengan baik. Kurangkan penggunaan peranti skrin sentuh ketika membuat pembelian atas talian supaya kita dapat mengelak daripada pembaziran dengan membeli barangan yang tidak akan digunakan dan hanya bersifat kehendak semata-mata. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat