Jaga-Jaga, Elon Musk Kata AI Akan Tewaskan Manusia Pada 2026!

624

“Habislah manusia, lepas ni AI je yang diperlukan.”

Semasa temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Pelaburan Bank Norges Nicolai Tangen, jutawan Elon Musk sungguh yakin model Artificial Intelligence (AI) yang mampu mengatasi manusia paling pintar bakal direka pada tahun 2026.

Hal ini kerana firma AI baharu Cognition Labs telah melancarkan engineer software AI pertama dipanggil Devin yang boleh melaksanakan tugas pengekodan autonomi dan memperhalusi modal AI termasuk menyelesaikan tugas dengan sendiri tanpa gangguan atau bantuan daripada manusia.

Bukan itu sahaja, OpenAI diasaskan oleh Sam Altman turut melancarkan beberapa tools AI yang melaksanakan pelbagai fungsi, antaranya adalah Sora yang ubah teks jadi video dan keupayaan merevolusikan penciptaan content melalui AI serta meningkatkan kreativiti.

Model AI tersebut berfungsi sebagai rangka kerja model penyebaran kompleks menggabungkan bahagian visual dan elemen naratif yang menghasilkan video menarik secara visual dan penting dari segi konteks.

Pada penghujung suku pertama 2024, OpenAI telah memperkenalkan engine Voice iaitu tool AI yang mampu cipta semula suara seseorang melalui penggunaan input teks dan satu sampel rakaman 15 saat tetapi ia masih menjalani ujian oleh sekumpulan kecil orang bagi periksa potensi bahayanya.

Umum mengetahui bahawa Musk turut membayangkan kemunculan pertama versi Grok seterusnya yang merupakan AI chatbox daripada syarikat start-up beliau digelar xAI.

Di tengah-tengah kepositifan dan semangatnya terhadap AI, Musk mengenal pasti dua kekangan akan dihadapi industri AI terutamanya naik taraf Grok, antaranya adalah ketersediaan elektrik dan kekurangan cip canggih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat