Isteri Akhirnya Dedah, Ini Rupanya Kesilapan Terbesar Dilakukan CZ!

1,322

“Haih kesian-kesian, disebabkan kejahilan habis semua musnah.”

Sejurus selepas Changpeng Zhao (CZ) memohon maaf secara terbuka atas kesalahan dilakukannya, Co-Founder Binance He Yi mendedahkan kesilapan terbesar yang dilakukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tersebut sebenarnya adalah kejahilan.

Susulan terdapat penyelesaian pertuduhannya pada November 2023 bersama Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), CZ yang dijadualkan bagi menjatuhkan hukuman pada 30 April 2024 akan menerima hukuman 36 bulan.

Namun, Yi yang merayu peluang kedua bukan sahaja menceritakan laluan kerjayanya yang sangat berliku malah menggambarkan penglibatannya dalam kripto adalah bertujuan menyokong makmal bioteknologi kecil dan inisiatif yang mementingkan belia pada masa hadapan.

Memang tidak dinafikan Yi telah menyifatkan CZ sebagai penjaga pasaran kripto, tetapi beliau turut berkata suaminya turut tidak memiliki latar belakang yang terkenal, pasukan pengasas, kepakaran undang-undang dan tidak boleh baca bahasa Inggeris.

Umum mengetahui rayuan kelonggaran untuk CZ telah dilakukan oleh ahli keluarganya iaitu isteri dan dua anaknya yang menghadiri institusi AS bersama kakaknya yang merupakan bekas Pengarah Urusan di Morgan Stanley.

Selain mengakui kesilapan CZ, kakaknya Jessica Zhao juga menyatakan komitmennya terhadap altruisme* di mana beliau menyerlahkan petikaiannya bersama FTX dan menyatakan dedikasi CZ untuk mengekalkan integriti Binance dengan mengelak daripada menyalahgunakan dana pelanggan.

*Melakukan sesuatu atau memberikan pertolongan tanpa mengharapkan sebarang balasan

Binance menyelesaikan pertuduhan bagi pelanggaran anti-pengubahan wang haram dan sekatan AS pada lewat tahun lalu yang mengakibatkan penalti berjumlah $4.3 bilion serta pengenaan pengawasan daripada pihak berkuasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat