Serangan Houthi Jejas Pasaran Minyak Global, AS Rancang Dendam!

469

Terkini, harga minyak sedikit berubah apabila ramai pelabur melihat kesan ke atas bekalan minyak selepas serangan kumpulan Houthi yang merupakan sekutu Iran di Yaman ke atas kapal di Laut Merah.

Situasi ini dilihat akan mengganggu perdagangan maritim dan memaksa syarikat mengalihkan laluan kapal.

Harga minyak mentah Brent meningkat sedikit 6 sen kepada $78.01 per tong dan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) pada bulan depan turun 18 sen kepada $72.29 per tong. Kontrak pada bulan kedua yang lebih aktif turun 0.1% kepada $72.72.

Kedua-dua penanda aras meningkat lebih daripada 1% pada Isnin berikutan kebimbangan mengenai pengirim mengalihkan kapal dari Laut Merah.

Menurut Jun Rong Yeap, pakar strategi di IG Singapura menyatakan bahawa tindak balas segera dan kolektif daripada pelbagai negara untuk mengatasi serangan tersebut mungkin mengurangkan keyakinan yang kukuh sepanjang gangguan itu. Perkara itu memberi kesan besar pada harga minyak mentah hari ini.

Buat masa sekarang, BP menghentikan sementara semua transit di Laut Merah. Sebuah syarikat kapal tangki minyak, Frontline mengumumkan ia akan mengelak menggunakan laluan air kerana krisis serangan yang semakin meluas memberi kesan kepada penghantaran tenaga.

Terusan Suez yang merupakan laluan penting untuk perkapalan global, mengendalikan hampir 15% trafik perkapalan dunia menjadi alternatif memendekkan laluan antara Eropah dan Asia dengan menghubungkan Laut Merah ke Laut Mediterranean.

Penganalisis Goldman Sachs percaya bahawa gangguan laluan oleh Houthi di Laut Merah tidak mungkin dapat memberi kesan ketara pada harga gas asli mentah dan cecair (LNG) kerana kapal masih ada kemampuan untuk mengubah laluan.

Mereka menganggarkan bahawa pengalihan berpanjangan bagi 7 juta tong minyak mentah sehari akan mengakibatkan kenaikan sederhana sebanyak $3 hingga $4 per tong berbanding harga lama.

Serangan perkapalan baru-baru ini telah mendorong Amerika Syarikat dan sekutunya untuk melakukan perbincangan untuk menubuhkan pasukan petugas bagi melindungi laluan Laut Merah. Walau bagaimanapun, Iran yang merupakan bekas musuh ketat AS memberi amaran berkenaan tindakan itu.

Sementara itu, Menteri Minyak Iran, Javad Owji dalam kenyataannya pada Isnin lepas mengesahkan berlakunya gangguan di seluruh negara terhadap stesen minyak akibat serangan siber. Kumpulan penggodam itu disyaki mempunyai kaitan dengan Israel.

Amerika Syarikat akan mencari lebih banyak maklumat bagi menguatkuasakan sekatan terhadap urusan minyak mentah di Rusia. Pegawai AS turut mengakui bahawa sebahagian besar dagangan telah terlepas daripada pengawasan Barat selepas Rusia membina armada selarinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat