Pasaran Minyak Stabil Namun Masih Tiada Sokongan Yang Kuat Untuk Menolak Harga Lebih Tinggi

61

Pasaran minyak stabil pada hari ini, mengekalkan paras kenaikan harga pada Jumaat lepas walaupun pengeluaran minyak US yang semakin meningkat menekan pasaran yang dijangka akan terus mengetat selepas bekalan minyak susut sehingga 13% daripada paras tertinggi bulan Mac yang lalu.

Harga minyak brent yang menjadi tanda aras antarabangsa turun 5 sen atau 0.09% kepada 52.67 setakat jam 1.00 petang.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula kekal di paras 48.66 selepas harga minyak meningkat 3 peratus pada Jumaat lepas.

 

Para pelabur mengatakan pasaran dilihat masih bertahan walaupun pengeluaran minyak US meningkat sehingga 9.5 juta tong sehari ke paras tertinggi sejak Julai 2015.

Namun begitu, peningkatan pengeluaran hanya bergerak perlahan berikutan jabatan tenaga Baker Hughes melaporkan 3 tempat penggalian telah ditutup pada minggu lepas. Pada minggu sebelumnya, 5 penggalian juga ditutup, menjadikan jumlah penggalian turun kepada 763.

Bank ANZ berkata, “Bilangan pelantar jatuh mendadak sejak Januari, menambahkan petanda pasaran sedang dalam proses pengetatan”.

Selain itu, bekalan minyak komersial US juga jatuh 13% daripada paras tertinggi bulan Mac kepada 466.5 juta tong. Penganalisi pasaran mengatakan bekalan yang jatuh walaupun pengeluaran meningkat menunjukkan pasaran sudah mengetat (tightening).

“Pengimbangan semula pasaran minyak  disokong oleh data bekalan, namun fokus pasaran adalah pada fakta pengeluaran minyak US yang terus meningkat”, kata William O’Loughlin, pengalisa pelaburan dari Rivkin Sekuriti Australia.

 

Tambah beliau, “Arah paras bekalan minyak mentah jelas kebawah, dan sesuatu yang mengejutkan jika pasaran dapat mengabaikan penyusutan yang berterusan ini”.

Nota pelanggan oleh Citibank US menyatakan, “Walaupun sentimen penurunan harga telah pudar, namun kedudukan pelabur sekarang masih tidak menyebelahi kenaikkan, menunjukkan pasaran semasa tidak jelas dengan ketiadaan sokongan yang kuat di mana-mana arah”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat