EUR/USD Melantun Selepas Uji Zon $1.0700

164

Tumpuan terarah kepada data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam dengan bacaan angka yang agak mengejutkan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku pertama 2024 menunjukkan bacaan awal yang perlahan iaitu 1.6% berbanding ramalan 2.5%.

Angka ini menunjukkan perbezaan yang agak ketara berbanding catatan pada suku terakhir 2023 lalu pada 3.4% dan menunjukkan pertumbuhan paling perlahan sejak separuh tahun pertama 2022.

US dolar menunjukkan pengukuhan di awal sesi New York, namun selepas data diterbitkan hingga menuju dagangan ke penghujung sesi, mata wang itu bergerak lemah.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak dalam corak menaik dengan reaksi diperhatikan ketika data diterbitkan.

Harga telah mencapai ketinggian sekitar 1.07400 sebelum terjun ke bawah paras 1.07000 ketika reaksi dagangan di awal sesi New York semalam.

Namun, harga kembali melantun naik semula selepas turut menguji garisan sokongan Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan harga yang menuju dagangan penghujung sesi menyaksikan paras ketinggian 1.07400 dihampiri harga semula.

Corak kenaikan harga dijangka akan diteruskan dengan kecenderungan untuk US dolar bergerak lemah, namun arah lebih jelas akan ditentukan selepas data indeks harga PCE diterbitkan malam nanti.

Jika kenaikan diteruskan, harga bakal mensasarkan ke paras tumpuan 1.08000 sebelum ini untuk catatkan paras tertinggi terbaru 2 minggu.

Sementara jika penurunan harga berlaku, paras sokongan semasa harga pada 1.07000 bakal diuji sekali lagi seperti semalam.

Penurunan lanjut harga setelah menembusi zon itu bakal menjangkakan harga mencecah semula support minggu lalu iaitu 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat