Jaga-Jaga, 6 Kripto Ini Dijangka Akan Merosot Teruk!

4,144

“Korang lagi suka harga jatuh atau naik? Tapi kalau junam boleh sauk lagi banyak kan?”

Thor Hartvigsen, seorang pelabur di Heartcore Capital dan penganalisis mata wang kripto mengenal pasti senarai aset digital dijangka melihat peningkatan besar dalam bekalannya yang kemudiannya dapat mencetuskan tekanan jualan.

Sejurus selepas menilai modal pasaran dan Fully Diluted Valuation (FDV)*, Hartvigsen berpendapat Athena (ENA), Ondo (ONDO), Wormhole (W), Starknet (STRK) serta Dymension (DYM) adalah antara kripto yang akan terkesan.

*Modal pasaran projek apabila semua bekalan tokennya telah dikeluarkan ke dalam edaran

Menerusi pemerhatian, $8.6 bilion dalam bekalan liquid tambahan telah disuntik ke dalam pasaran kripto dalam masa empat bulan lalu sementara jumlah unlock $70.5 bilion disediakan pada tahun-tahun akan datang.

Perlu diketahui beberapa kategori seperti infrastruktur modular, bridges atau cross-chain messaging, token re-staking liquid, Eigenlayer, skala Ethereum (ETH) layer 1,2 dan 3 termasuk Perp DEX telah ditetapkan bagi melihat beberapa token baharu.

Unlock Cliff merujuk pada pelepasan token yang disimpan dalam keadaan locked pada tarikh tertentu , jadi di sini dapat dilihat beberapa altcoin bakal melihat tekanan jualan ketara disebabkan bekalan besar token disebutkan di atas akan memasuki edaran dalam pasaran kripto.

Selain JUP, ENA, ONDO dan W yang memiliki modal pasaran melebihi $1 bilion, beberapa aset digital lain dalam senarai Binance Initial Exchange Offering (IEO) juga mungkin akan melihat penurunan harga yang agak besar.

Umum mengetahui peserta pasaran kripto bukan sahaja perlu mengambil perhatian tentang semua altcoin tersebut malah memerhatikan peningkatan dalam bekalan edaran yang boleh mendorong peningkatan tekanan jualan dan menurunkan harga lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat