Ringgit Kembali Dibuka Rendah, Pasaran Nantikan Isyarat FOMC Terkini!

158

Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pada hari Isnin apabila pelabur mengekalkan posisi mereka untuk beberapa peristiwa global penting termasuklah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit susut kepada 4.7715 berbanding dolar AS daripada 4.7650 pada penutup Jumaat.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FOMC ditetapkan untuk bermesyuarat pada 1 Mei dan pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam kadar serta pendiriannya.

Sehubungan itu, ringgit berkemungkinan kekal lemah dan dolar AS dijangka mengukuh berbanding mata wang ekonomi utama lain.

Walau bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0154/0216 daripada 3.0408/0451 pada penutup Jumaat dan meningkat berbanding euro kepada 5.1098/1200 daripada 5.1157/1221 pada akhir minggu lepas. Tetapi,ia susut berbanding pound British kepada 5.9711/9829 daripada 5.9644/9719 sebelumnya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.8782/9084 daripada 12.8902/9120 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 294.3/295.0 daripada 293.9/294.4.

Ia juga susut berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.29 daripada 8.26/8.27 pada Jumaat dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5033/5105 daripada 3.5021/5068 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat