Petunjuk Penting Minggu Ini Adalah Data Inflasi AS!

498

Minggu ini bakal menjadi penentu kepada hala tuju pasaran kewangan yang menantikan isyarat lebih jelas terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Sebelum ini, Pengerusi Fed Jerome Powell beserta ahli-ahli mesyuarat FOMC yang lain sepakat untuk langkah pengetatan dasar monetari ketika ini diteruskan.

Namun, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terkini hadir dengan bacaan yang agak merosot, dan tidak menyokong cadangan pengetatan dasar tersebut.

Justeru, petunjuk seterusnya akan diperhatikan menerusi laporan data inflasi AS pada minggu ini yang akan menentukan keputusan dasar Fed yang selanjutnya.

Ramalan adalah angka inflasi untuk April akan kembali menurun semula, namun penganalisis tidak menolak untuk inflasi terus meningkat seperti yang berlaku pada bacaan sebelum ini.

Ketika ini pasaran masih meletakkan peratusan yang tinggi untuk pemotongan kadar faedah Fed berlaku pada September, dan dijangka sekurang-kurangnya 50 mata asas akan diturunkan pada tahun ini.

Namun, dengan penangguhan yang berlarutan itu, sudah tercetus jangkaan kemungkinan langkah pemotongan kadar tersebut tidak akan berlaku tahun ini.

US dolar pada minggu lalu didagangkan pulih di awal minggu, namun prestasi kembali merosot menuju ke penghujung minggu didorong oleh bacaan data ekonomi AS yang suram.

Situasi itu boleh berlarutan pada minggu ini jika data terbaru turut paparkan trend yang sama.

Sebelum data inflasi pengguna diterbitkan pada Rabu, pasaran akan terlebih dahulu meneliti data inflasi pengeluar AS (PPI) pada Selasa yang akan menilai perubahan harga barangan dan perkhidmatan di peringkat pengeluar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat