GBP/USD Kekal Di Atas $1.2500, Trend Bullish Mahu Diteruskan

120

Pembukaan dagangan awal minggu yang positif buat mata wang Pound yang berjaya paparkan pengukuhan berbanding US dolar ke paras tertinggi 3 minggu.

Ini menyusuli corak pergerakan harga yang dipamerkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu.

Prestasi US dolar suram menjadi faktor membuka ruang untuk Pound pulih semula setelah jatuh ke paras terendah 5 bulan mencecah 1.23000 di awal minggu lalu.

Pelabur akan lebih berhati-hati pada minggu ini dengan menjangkakan pergerakan harga yang lebih agresif akan berlaku menjelang data-data penting yang bakal diterbitkan selain mesyuarat FOMC akan menjadi tumpuan utama.

Keputusan mesyuarat akan menjadi pemacu arah harga selepas pasaran menilai hala tuju dasar monetari bank pusat selanjutnya.

Pada Jumaat lalu, harga telah mencapai paras ketinggian 1.25400 sebelum ditekan jatuh ke paras sekitar 1.24500.

Namun, harga melantun semula untuk menutup dagangan bagi sesi terakhir minggu itu di sekitar paras tumpuan 1.25000.

Corak menaik harga nampaknya masih berjaya dikekalkan apabila harga yang dibuka di bawah paras 1.25000 di sesi Asia pagi tadi telah menunjukkan kenaikan melepasi paras tersebut.

Sehingga ke penghujung sesi, harga dilihat telah berjaya mengatasi sedikit ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Pergerakan harga yang terus berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu seperti minggu lalu memberi isyarat untuk trend bullish bakal diteruskan.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan ke paras tumpuan berikutnya pada 1.26000.

Namun jika harga kembali susut semula dan bergerak turun di bawah paras 1.25000 dan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend harga.

Penurunan bakal berlaku dan harga bakal ditekan semula ke paras tumpuan terhampir di sekitar 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat