Beli 3 Memecoin Masa Kenaikan Harganya, Trader Untung $22 Juta!

1,046

“Dalam sekelip mata je dah ada berjuta-juta, tapi mestilah kena ada strategi ingat senang-senang macam tu je.”

Seorang trader memecoin dikenali sebagai “paulo.sol” pada akaun Solana Name Service mengeluarkan lebih $22 juta keuntungan daripada berbilang positions dalam token bertemakan meme di blockchain Solana (SOL).

Diperjelaskan lebih lanjut, trader itu menjana keuntungan lumayan daripada aset digital seperti dogwifhat (WIF), Jeo Boden (BODEN) dan BONK, di mana ia yang memulakan pelaburannya dalam BONK seawal 11 November 2023 telah berjaya kumpul $6.28 juta.

Bukan itu sahaja, “paulo.sol” turut memperoleh keuntungan $9.51 juta daripada WIF dan $7.04 juta daripada BODEN setelah masing-masing dibeli pada 4 Disember 2023 serta 6 Mac 2024, tetapi perlu diketahui ia mula mengumpul semasa pergerakan menaik dan bukanlah semasa pelancaran.

Sungguhpun keuntungan lumayan berjaya diperolehi, trader tersebut yang secara keseluruhannya menjana kira-kira $22.83 juta pada masa ini masih memiliki $7.6 juta dalam BODEN dan WIF bernilai $5.7 juta.

Suka dimaklumkan trader tersebut juga mengembangkan portfolio memecoin beliau melalui pelaburan dalam token tambahan iaitu memperuntukkan $1.77 juta untuk beli POPCAT dan hampir $6 juta dalam PUPS.

Rentetan itu, komuniti kripto yang memuji langkah mengagumkan dilakukan oleh trader itu dalam sektor aset digital telah berkata kejayaannya bukanlah semata-mata nasib tetapi menunjukkan kepercayaan tingginya terhadap sesuatu kripto dilaburkannya.

Pelabur lain turut memujinya disebabkan sikap trader itu yang tidak mudah gentar dan sentiasa mengekalkan positions diletakkannya walaupun pasaran kripto mengalami pergerakan yang sangat tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat