Menjelang Data CPI AS, EUR/USD Lonjak Ke Paras Tertinggi 5 Minggu!

148

US dolar pada dagangan sesi New York semalam dilihat bergerak melawan arah apabila data yang diterbitkan menyokong untuk pengukuhan nilainya berlaku.

Bacaan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April diterbitkan semalam dengan angka yang lebih tinggi mengatasi ramalan.

Ini memberi amaran awal untuk inflasi pengguna (CPI) juga turut meningkat pada bacaan terbaru yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Amsterdam semalam dilihat masih kekal dengan nada yang ‘hawkish’ seperti sebelum ini untuk kadar faedah tinggi dikekalkan lebih lama.

Meneliti pergerakan harga yang terjadi pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Pada awal sesi New York, pengukuhan awal US dolar menekan harga ke sekitar 1.07700 sebelum situasi berubah menyaksikan lonjakan ketara harga menembusi zon rintangan 1.08000.

Paras ketinggian terbaru dicapai pada sekitar 1.08250 sebelum harga perlahan dan mendatar sehingga dagangan bersambung ke pembukaan sesi Asia pagi ini.

Dengan pergerakan harga yang kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA5) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, trend kekal bullish dengan kecenderungan untuk harga meneruskan pendakian.

Paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan lagi dengan sasaran untuk harga menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.09000.

Sebaliknya jika harga susut di bawah 1.08000, akan menjadi isyarat bearish buat harga dan berkemungkinan pergerakan menurun harga bakal bermula.

Untuk penurunan harga, sasaran adalah untuk menuju 1.07000 yang gagal dicecah harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat