Golongan Ini Bakal Sumbang $300 Billion Dalam Pasaran Kripto! – Morgan Creek Capital

475

“Wow ini dikira berita baik untuk pasaran kripto kan?”

Mark Yusko, Ketua Pegawai Eksekutif Morgan Creek Capital meramalkan pasaran mata wang kripto bakal melihat aliran masuk besar-besaran disebabkan kekayaan bertrilion dolar oleh “baby boomer”* yang mungkin mencari kemasukan ke dalam aset digital.

*Salah seorang bukan sahaja yang terkaya tetapi juga akan memperoleh sebahagian besar pasaran kripto

Semasa temu bualnya bersama podcast The Wolf Of All Streets, Yusko membincangkan bagaimana pengenalan BTC ETF dan peningkatan minat daripada penasihat pelaburan berdaftar telah membawa pada perubahan ketara dalam permintaan.

Yusko turut berpendapat aliran modal yang mungkin datang daripada baby boomer akan dilahirkan antara tahun 1946 dan 1964, di mana Persatuan Penasihat Pelaburan berkata penasihat kewangan Amerika Syarikat (AS) telah mengurus aset $114.1 trilion pada 2022.

Morgan Creek Capital yang sudah tiga bulan dalam ETF telah memperoleh 10% daripada penasihat pelaburan berdaftar yang mengawal semua wang tunai baby boomer, kata Yusko sambil menambah kemasukan itu mampu mendorong modal pasaran kripto pada $6 trilion.

Umum mengetahui bahawa spot BTC ETF telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2024 iaitu 10 tahun sejurus selepas permohonan pertama kembar Winklevoss.

Gergasi Wall Street BlackRock, Fidelity dan VanEck adalah antara firma yang mengetuai kumpulan pertama yang diluluskan oleh SEC untuk permohonan ETF dan perlu diketahui BTC ETF setakat 24 April 2024 telah bernilai lebih $53 bilion.

Mark Yusko, Ketua Pegawai Eksekutif Morgan Creek Capital meramalkan pasaran mata wang kripto bakal melihat aliran masuk besar-besar disebabkan kekayaan bertrilion dolar oleh baby boomer yang mungkin mencari kemasukan ke dalam aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat