Setakat minggu ini sahaja, harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD telah melonjak sekitar 250 pips mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.
Faktor utama yang mendorong kenaikan harga yang lebih ketara pada minggu ini adalah susulan keputusan mesyuarat FOMC yang telah mengukuhkan semula dagangan US dolar dalam pasaran.
Selain itu, pretasi dolar Kanada pula dilihat agak tertekan dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah yang membimbangkan.
Pelabur meneliti laporan terbaru berkenaan perbincangan antara Tehran dan Washington untuk menghidupkan semula perjanjian Nukelar 2015 yang menambah sentimen negatif terhadap pasaran minyak.
Dengan ketidaktentuan pada pasaran minyak mentah global telah memperlihatkan harga pada carta USD/CAD pamerkan trend bullish yang lebih jelas sehingga penghujung minggu ini.
Disokong pada paras sokongan 1.21300 yang merupakan paras terendah minggu ini, harga telah melonjak ke paras 1.22700 ketika reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC.
Menyambung dagangan pada Khamis semalam, harga telah mendaki lebih tinggi mencapai paras ketinggian sekitar 1.23700 untuk catatkan kenaikan seharian 100 pips.
Sehingga bersambung pada dagangan sesi Eropah hari ini, harga masih menguji paras tersebut dengan paras 1.24000 dilihat sebagai zon resistance yang perlu diuji harga.
Melepasi zon tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi ke zon SBR (support become resistance) pada 1.24700-1.25200.
Sekiranya harga membuat penurunan, paras 1.22700 dilihat sebagai zon sokongan harga untuk meneruskan kenaikan semula.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan kembali ke sekitar paras 1.21800 dan berkemungkinan pelabur telah mendapat isyarat untuk perubahan trend bearish.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI