BOJ Kekalkan Dasar Monetari Longgar, Ini Reaksi USD/JPY!

284

Bank of Japan (BOJ) memutuskan pada hari Jumaat untuk membiarkan kadar faedah tidak berubah pada -0.1% dan mengekalkan sasaran untuk hasil bon kerajaan 10 tahun pada sekitar 0% pada mesyuarat polisi sesi Jun.

Selain itu, bank pusat juga melanjutkan program pinjaman khasnya untuk syarikat-syarikat yang terjejas akibat wabak pandemik selama enam bula sehingga Mac 2022 dan menegaskan ia akan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Pada masa yang sama, para pembuat dasar mengatakan ia akan melancarkan skema baru untuk menyediakan dana kepada instrumen kewangan yang melabur atau memberikan pinjaman berkaitan dengan isu perubahan iklim.

Bank pusat Jepun mengatakan pihaknya menjangkakan pelancaran skema tersebut pada akhir tahun ini dan akan mengeluarkan panduan awal pada pertemuan penetapan kebijakan berikutnya pada bulan Julai.

Dari segi pertumbuhan ekonomi, BOJ berpandangan bahawa ekonomi Jepun telah menunjukkan peningkatan, walaupun negara itu berdepan tekanan daripada sekatan coronavirus yang dilaksanakan semula pada tahun ini.

Ekonomi Jepun menyusut 3.9% tahunan pada suku pertama dan dilihat hanya membuat pemulihan yang sederhana, sementara kadar inflasi meningkat 0.1% dari tahun sebelumnya, menandakan kenaikan tahun ke tahun pertama sejak Mac 2020 tetapi tetap jauh dari sasaran 2% BOJ.

Dagangan yen Jepun dilihat tidak terkesan susulan keputusan ini, dan terus didagangkan stabil berbanding US dolar selepas meraih sokongan daripada penurunan hasil bon AS 10 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat