USD Kukuh Di Awal Minggu? Pasaran Nantikan Data KDNK & PCE

197
  • USD tertinggi 34 tahun berbanding Yen
  • Data KDNK & PCE jadi tumpuan Fed minggu ini
  • ECB kekal rancangan pemotongan kadar faedah walaupun Fed menangguh pelonggaran polisi
  • Emas ketara susut di awal minggu

Prestasi US dolar pada pembukaan awal minggu dilihat sederhana dengan kekurangan data-data ekonomi diterbitkan, namun berjaya mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Berbanding Yen, US dolar berjaya mendaki ke paras tertinggi dalam tempoh 34 tahun dengan pelabur berwaspada untuk langkah campur tangan Jepun dalam pasaran. Mesyuarat polisi bank pusat Jepun akan berlangsung pada Jumaat.

Pasaran masih melihat kelebihan kepada US dolar dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan menangguhkan pemotongan kadar faedah.

Pengerusi Fed Jerome Powell bersama beberapa ahli FOMC yang lain turut berpandangan kadar faedah tinggi ketika ini perlu dikekalkan berdasarkan penilaian terhadap data-data terbaru yang hadir.

Minggu ini, bacaan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku pertama dan indeks harga PCE akan menjadi petunjuk seterusnya yang akan diteliti oleh Fed dalam penetapan dasar monetari mereka.

Hari ini (Selasa), data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk Jerman, UK dan AS akan diberi tumpuan terlebih dahulu untuk pasaran menilai tahap kesihatan semasa ekonomi tersebut.

Perkembangan dasar monetari di Eropah, pegawai-pegawai European Central Bank (ECB) masih kekal dengan perancangan untuk pemotongan kadar faedah beberapa kali tahun ini walaupun Fed menangguhkan tindakan untuk pelonggaran dasar.

Setakat ini hanya bank pusat Kanada sahaja yang telah memulakan langkah pemotongan kadar faedah ketika Fed dan lain-lain masih berwaspada untuk peralihan dasar monetari.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah didagangkan bercampur sejak minggu lalu dengan pergolakan di Timur Tengah menjadi pantauan.

Dagangan emas pula menunjukkan tanda-tanda kejatuhan harga di awal minggu ini setelah rekod tertinggi sepanjang masa telah berjaya dicatatkan paras $2,430 pada 2 minggu yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat