Iran Tambah Kedukaan Pada Dagangan Minyak

297

Minyak mentah didagangkan suram untuk hari kedua berturut-turut pada hari Jumaat, ketika US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhannya menjelang dagangan penghujung minggu.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lemah pada $72.40 setong, melanjutkan penurunan 1.8% yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menyusut lebih rendah ke sekitar harga $70.40 setong, setelah jatuh sebanyak 1.5% pada hari Khamis.

Pada hari Rabu, dagangan minyak mentah Brent telah menyentuh tahap tertinggi sejak April 2019 sementara WTI pula mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2018.

Bagaimanapun, pengukuhan yang dicatatkan tidak bertahan lama berikutan kebangkitan semula US dolar selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC menunjukkan kenaikan kadar faedah yang lebih cepat dari dijangkakan.

Lonjakan US dolar ke paras tertinggi dua bulan berbanding pesaing utama, telah membuatkan harga minyak lebih mahal bagi pemegang kebanyakan matawang utama lain.

Selain itu, kenyataan perunding tertinggi Iran pada hari Khamis mengenai perbincangan antara Tehran dan Washington untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015 juga menambah sentimen negatif dagangan minyak mentah.

Wakil Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi memberitahu bahawa kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan yang baik dalam perbincangan tersebut, tetapi masih ada masalah penting dalam rundingan perlu diselesaikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat