Enam Syarikat Ini Catat Kerugian $1 Trilion Dalam Masa 3 Hari!

1,076

Percaya atau tidak hanya dalam tempoh tiga hari sahaja, enam syarikat ini telah kehilangan saham bernilai lebih dari $1 trilion, satu lekukan dari rally terbesar yang memuncak pada minggu lalu.

Permodalan pasaran Apple yang berjaya mencecah $2 trilion pada 19 Ogos lalu menyaksikan penyusutan sekitar $325 bilion.

Microsoft susut sebanyak $219 bilion dan Amazon susut sebanyak $191 bilion.

Firma Alphabet yang memiliki enjin carian terbesar, Google menyaksikan penyusutan sebanyak $135 bilion dan Tesla susut 21% dengan jumlah sebanyak $109 bilion, mencatat rekod penyusutan terburuk di dalam sejarahnya.

Manakala Facebook kehilangan sebanyak $89 bilion.

Walaupun jumlah penyusutan enam firma tersebut merupakan satu rekod yang agak besar, perlu diambil kira juga keuntungan tinggi yang berjaya dicatatkan pada tahun ini.

Pada awal 2020, keenam-enam syarikat teknologi besar itu bernilai sekitar $5 trilion. Pada Rabu, 2 September, nilai tersebut melonjak kepada $8.2 trilion. Kemudian pada penutupan Selasa, berlaku sedikit penyusutan sehingga $7.1 trilion.

Namun, kerugian besar itu langsung tidak memberi kesan kepada para pelabur dan pelanggan memandangkan kedudukan enam syarikat tersebut masih kukuh.

Dilaporkan nilai enam firma itu cecah $2.1 trilion, lebih daripada nilai yang mereka capai pada awal tahun ini walaupun ketika itu dunia sedang gawat menangani pandemik COVID-19 dan Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan rekod pengangguran yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat