Enjin Mahu Fokus Kepada Pasaran NFT Dengan Blockchain Baru, Efinity

436

Tidak mahu ketinggalan mengejar era teknologi non-fungible tokens (NFT), Enjin bakal melancarkan rangkaian tidak berpusat yang baru, khas untuk pasaran yang menfokuskan kepada seni digital.

Pengumuman tersebut dilakukan menerusi ciapan yang dimuatnaik di laman sosial, Twitter pada malam tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan bagi tujuan membangunkan rangkaian tersebut, Enjin telah menggunakan $18.9 juta hasil daripada usaha dana yang dikumpulkan bersama Crypto.com Capital, DFG Group dan Hashed Ventures.

Dikenali sebagai Efinity, blockchain itu dibangunkan sebagai parachain di rangkaian Polkadot (DOT), menfokuskan kepada usaha menyelesaikan beberapa masalah utama yang menganggu projek sedia ada.

Dengan teknologi Polkadot, ia sepatutnya membenarkan Efinity berfungsi di tahap tertinggi bagi aspek saling kendali, skalabiliti, kelajuan, sekuriti, privasi dan pemerintahan.

Rangkaian itu juga akan memiliki tokennya sendiri dikenali sebagai Efinity Token (EFI). Pembiayaannya telah dijamin dengan penjualan token EFT.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Enjin memandangkan sebelum ini pihak mereka pernah mencipta standard ERC-1155 bagi NFT pada 2017 dan telah digunakan oleh firma besar seperti Microsoft dan Nike.

Efinity – Fasa 1 dijangka akan dilancarkan sekitar hujung tahun ini atau awal 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat