Enra Kimia Dijual Dengan Nilai RM50 Juta

304

Enra Energy Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh oleh Enra Group Bhd telah menerima Surat Tawaran (LO) daripada Hextar Global Bhd dan Ekopintar Sdn Bhd.

LO berkenaan adalah bertujuan untuk melaksanakan pembelian seluruh modal saham terbitan anak syarikatnya Enra Kimia Sdn Bhd dengan nilai RM50 juta.

Menurut maklumat kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata Hextar Global dan Ekopintar mencadangkan untuk masing-masing membeli 49% dan 51% seluruh modal saham terbitan Enra Kimia.

Sebanyak 10% bersamaan RM5 juta akan dibayar ketika menandatangani perjanjian definitif dan bakinya 90% (RM45 juta) akan dibayar setelah tarikh penyelesaian cadangan penjualan.

Kumpulan itu menyatakan bahawa Enra dan pembeli akan menggunakan semua usaha yang munasabah untuk berunding serta persetujuan terma dan syarat termasuk tarikh selesainya perjanjian definitif pada 30 Julai 2021 sebelum jam 5.00 petang.

LO tersebut akan dibatalkan jika pihak-pihak yang terlibat tidak menandatangani perjanjian definitif sebelum masa yang ditetapkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat