Episod Huru-hara Belum Tamat, Kini AS Serang Taliban!

1,531

Seperti yang diketahui ramai, Amerika Syarikat kini berhadapan dengan situasi huru-hara setelah rakyat negara itu menjalankan tunjuk perasaan berikutan dengan pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd oleh pihak polis. Susulan daripada kejadian itu, Presiden Donald Trump telah mengancam akan menggunakan kuasa ketenteraan jika gagal membendung keganasan demonstrasi tersebut.

Hari ini, jurucakap tentera Amerika Syarikat, Sonny Leggett  telah mendedahkan bahawa mereka melancarkan serangan udara pertama terhadap Taliban selepas gencatan senjata tiga hari sempena Aidilfitri tamat pada minggu lalu. Berdasarkan posting yang dimuatnaik di laman Twitter, beliau menyatakan bahawa 2 serangan telah dilancarkan semalam dan hari ini di wilayah berasingan di Afghanistan.

Tambahnya lagi, semua pihak mestilah mengekang keganasan untuk memudahkan proses pendamaian dilakukan. Namun begitu, puak Taliban tidak mengemukakan apa-apa respon berkenaan isu tersebut.

Sebelum ini, Taliban telah mengumumkan genjatan senjata selama 3 hari sempena sambutan Aidilfitri. Pengumuman tersebut didakwa telah mengejutkan pihak berkuasa Afghanistan.

Pada Februari lalu, Washington telah menandatangani perjanjian penting dengan Taliban. Berdasarkan perjanjian itu, Amerika Syarikat memberi jaminan untuk mengundurkan semua tenteranya sebagai balasan terhadap jaminan keselamatan yang dijanjikan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat