Erdogan Kecam Biden Jual Senjata Pada Israel

1,293

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada hari ini mengecam tindakan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang meluluskan penjualan senjata kepada Israel.

“Biden melakarkan sejarah dengan tangan berdarah dalam insiden ini ketika Gaza diserang secara keterlaluan.

“Anda telah memaksa kami bersuara. Kami tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini.

“Bumi Palestin dibanjiri dengan darah dan kekejaman, anda turut menyokongnya,” kata Erdogan pada sidang media yang mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin baru-baru ini.

Lapor Bernama, kerajaan AS meluluskan penjualan senjata berpandu bernilai AS$735 juta kepada Israel awal pagi ini.

Sejak 6 Mei lalu, konflik yang meruncing antara Palestin dan Israel menyebabkan lebih 200 penduduk Palestin maut manakala sekurang-kurangnya 38,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat