Erdogan Tarik Balik Perintah Berkurung Di Turki Secara Mengejut!

809

Sejak April yang lalu, Turki telah menguatkuasakan perintah berkurung pada hujung minggu dan hari perlepasan am bagi membendung penularan wabak COVID-19. Hari ini, pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengambil keputusan yang mengejutkan ramai pihak apabila beliau bertindak membatalkan perintah berkurung pada hujung minggu di negara tersebut. Hal ini demikian kerana kebimbangan beliau terhadap ekonomi negara itu.

Berdasarkan sebuah kenyataan, Kementerian Dalam Negeri Turki telah membuat pengumuman bahawa sebanyak 15 buah bandar akan ditutup semula pada hujung minggu ini. Namun begitu, presiden negara berkenaan telah membatalkan perintah tersebut setelah beberapa jam melalui pengumuman di laman sosial, Twitter.

Sehubungan dengan itu, Erdogan telah memberikan penjelasan terhadap tindakannya itu. Menurut beliau, rakyat mula mengemukakan aduan bahawa perintah tersebut bakal menjejaskan ekonomi negara tersebut. Selain itu, Erdogan turut mendedahkan bahawa beliau tidak sanggup untuk melihat penderitaan rakyatnya kerana mereka telah pun kembali kepada kehidupan normal setelah 2 bulan menjalani perintah berkurung.

Walau bagaimanapun, mereka masih perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan.

Untuk pengetahuan semua, Turki telah mencatatkan sebanyak lebih 167,000 kes jangkitan COVID-19 dengan angka kematian seramai 4,630 korban.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat