Eropah Bakal Berhadapan Rejim Inflasi Baharu? Ini Pandangan ECB Villeroy!

512

Selepas kenaikan inflasi semasa yang mula berkurangan, inflasi di zon eropah berkemungkinan akan memasuki rejim baharu di atas paras rendah yang dicatat pada tahun-tahun sebelum krisis Covid-19 sebagaimana yang dimaklumkan oleh penggubal dasar ECB dan ketua bank pusat Perancis Francois Villeroy de Galhau pada hari Jumaat.

Selepas sehari Bank Pusat Eropah mengeluarkan kenyataan yang menaikkan unjuran inflasinya secara menyeluruh, Villeroy sekali lagi menekankan bahawa inflasi akan meningkat untuk sementara waktu dan kemudian menuju ke arah sasaran 2% ECB pada 2023 dan 2024.

ECB menyatakan semalam bahawa mereka melihat bahawa inflasi akan catat pada bacaan purata 3.2% tahun hadapan sebelum menurun kepada 1.8% pada tahun 2023 dan 2024.

Selepas perkembangan massa, Villeroy menyatakan agak sukar kadar inflasi untuk kembali pada paras rendah sebelum penularan Covid-19. Tambah beliau, untuk inflasi jatuh lebih tajam, ia memerlukan “pemandu pragmatik” dasar monetari yang bergantung kepada keadaan ekonomi sebenar.

ECB pada hari Khamis, menyatakan bahawa mereka akan menamatkan pembelian bon kecemasan pada bulan Mac hadapan namun buat sementara waktu akan mengandakan tempoh program pembelian aset (APP) bagi memudahkan peralihan.

Villeroy berkata jumlah itu merupakan pengurangan ketara dalam pembelian aset, yang telah diabaikan oleh beberapa penganalisis pasaran dimana purata belian akan berkurangan daripada 90 bilion euro tahun ini kepada 20 bilion menjelang Oktober tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat