Eropah ‘Comeback’ Dengan Pemulihan Lebih Kuat

466

Sebelum mengakhiri dagangan minggu ini, pasaran telah diperlihatkan dengan data penting dari Eropah yang memaparkan pemulihan lebih kuat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Aktiviti perniagaan di Zon Eropah berkembang lagi pada bulan April dengan mencatatkan pertumbuhan 50.3 berbanding 49.6 yang dicatatkan sebelumnya. Bacaan melebihi 50 menunjukkan peningkatan dalam aktiviti ekonomi.

Pembacaan ini menunjukkan pengembangan pertama dalam sektor itu sejak Ogos lalu, walaupun hanya berkembang dengan kadar sederhana.

Sementara sektor pembuatan pula meningkat ke paras tertinggi terbaru sejak Jun 1997 pada tahap 63.3 pada April, daripada 62.5 sebelumnya. Peningkatan ini didorong oleh lonjakan pesanan baru dan pengeluaran dalam pembuatan.

Lonjakan yang lebih kuat ini telah mendorong matawang euro untuk meningkat lebih tinggi pada sesi Eropah.

Selain itu, pasaran turut menyaksikan penerbitan data pembuatan dan perkhidmatan dari UK juga menunjukkan bacaan yang lebih kuat daripada dijangkakan.

Aktiviti perniagaan UK terus menunjukkan pemulihan pada bulan April, dengan merekodkan pertumbuhan lebih pantas dalam tempoh 6 setengah tahun. Bacaan terbaru ini menunjukkan pengembangan paling ketara yang pernah dicatatkan dalam sektor ini.

Sektor perkilangan juga meningkat pada bulan ini, menunjukkan pertumbuhan paling kuat pernah direkodkan sejak Julai 1994 selepas disokong oleh peningkatan dalam pengeluaran, pesanan baru dan pekerjaan.

Matawang pound didagangkan stabil di sekitar harga 1.38700, selain turut disokong oleh bacaan jualan runcit yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat