ETH, LTC, EGLD, DOT Antara Altcoin Paling Menyerlah!

1,673

Kebanyakan altcoins menunjukkan pergerakan positif ekoran daripada peningkatan minat pelabur institusi terhadap Bitcoin (BTC), menyebabkan raja kripto itu mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $47,899 semalam.

Pengasas Decentrader, filbfilb menjelaskan pergerakan pasaran pada hari ini menunjukkan aktiviti bullish yang kuat sehingga menenggelamkan posisi jualan dan menghalang harga susut ke paras lebih rendah.

Pada masa yang sama, ini membuktikan pertumbuhan yang positif bagi BTC untuk masa depan yang mana berpotensi untuk melepasi paras yang lebih tinggi sebelum berada di zon consolidation yang baru.

Bagaimanapun, ketika ini BTC sedang berhadapan dengan situasi consolidation harga, berada di paras harga $46,239 sebelum bergerak menuju $50,000. Pada masa yang sama lambakan altcoins juga melonjak ke paras tertinggi.

Bermula dengan pelancaran niaga hadapan Ether di Chicago Mercantile Exchange (CME) semalam, akhirnya ETH berjaya mencipta rekod ATH terbaru, $1,815 pada lewat petang semalam. Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $1,812, meningkat 4.57% dalam 24 jam.

Niaga hadapan Litecoin (LTC) juga menyaksikan peningkatan aktiviti dengan rekod $584 juta minat terbuka, menunjukkan matawang ini mula mendapat perhatian pelabur institusi.

Elrond (EGLD) mencatatkan rekod harga dan jumlah dagangan yang baru dengan peningkatan 700% sejak permulaan 2021. Khabar baik ini didorong oleh pelancaran wallet Maiar dan rancangan untuk berintegrasi dengan protokol kewangan tidak berpusat.

Saling kendali (interoperability) di antara blockchains telah berjaya membawa Polkadot (DOT) ke paras harga yang baru, $24,04, disusuli dengan pengumuman berkaitan Curve Finance yang akan dilaksanakan di parachain Polkadot, Equilibrium.

Ketika penulisan, LTC mencatatkan harga $189, meningkat lebih 14%. Manakala EGLD didagangkan pada $207 (19.49%) dan DOT, $23.53 dengan sedikit susut, 0.29%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat